Sabtu, 14 Oktober 2017

tata cara sholat hajat lengkap

Ini adalah panduan dan cara untuk menunaikan solat hajat yang ringkas dengan doa untuk dijadikan rujukan bersama. Semoga ianya dapat membantu anda menunaikan solat hajat dengan betul.
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat. (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, samaada cepat ataupun lambat.

Apakah Tujuan Kita Menunaikan Solat Hajat?

Solat Hajat adalah solat sunat yang ditunaikan untuk meminta sesuatu hajat yang baik atau menolak sesuatu keburukan. Ada yang menunaikan solat hajat untuk memohon agar dipermudahkan dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, memohon kerahmatan memasuki rumah baru dan sebagainya.
Berikut adalah sebab utama solat hajat dibuat:
  • mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
  • memohon hajat untuk diri sendiri atau orang lain
  • Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
  • Mengakui kelemahan diri dan hanya Allah tempat untuk memohon

Waktu Yang Sesuai Untuk Solat Hajat

Solat hajat boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja sekiranya berkelapangan kerana solat hajat termasuk dalam solat sunat- samaada pada waktu siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan solat.
Namun begitu disarankan untuk memilih waktu yang sesuai, iaitu selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam. Ini kerana suasana ketika itu yang boleh mendatangkan kekusyukkan, Insha Allah.

Hajat Yang Sesuai Dipohon

Anda bebas untuk memohon dan meminta apa sahaja dalam doa. Sebaiknya adalah perkara yang membawa kebaikan dan menolak musibah seperti:
  • Diberi kebaikan di dunia seperti mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Diberi kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Dijauhkan keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Dijauhkan keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Solat hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam. Solat hajat juga boleh dilakukan secara jemaah atau sendirian.
#1. Lafaz niat solat Hajat:
Bacaan: U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa
“Sahaja aku solat sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”
#2. Bacaan solat hajat
Raka’at pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 11 kali.

Raka’at kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
#3. Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali.
Bacaan: “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN”
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
#4. Selepas membaca tasbih tersebut berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang baik (masih dalam keadaan sujud)

Doa Selepas Solat Sunat Hajat

Setelah memberi salam, bacalah pula doa di bawah:
Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:
.
Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati, berserta dengan usaha gigih yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahua’lam
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai

Tidak ada komentar